Wednesday, 14 May 2014

(WOW!!) Pensyarah Kolej Komuniti Maki & Hina Negeri Sarawak Kerana Tak Dapat Bertukar Ke Semenanjung


Gara-gara tidak puas hati tidak dapat berpindah daripada berkhidmat di bumi kenyalang, seorang pensyarah kolej komuniti meluahkan perasaan di Facebook milik peribadinya dengan kata-kata makian kepada negeri Sarawak. 

Antara kata makiannya seperti "Sarawak Daif, Haram jadah, orang Sarawak seperti lembu di cucuk hidung...dan bermacam-macam lagi". Ikuti status beliau dibawah:


Pensyarah yang menggunakan nama Jonathan Joseph turut memuat naik gambar simbol makian. Menurut info yang dikongsi rakyat Sarawak di komen page I Love Sarawak, pensyarah tersebut mengajar di Kolej Komuniti Bentong, Sarawak.

Perbuatan pensyarah tersebut telah membuatkan rakyat Sarawak berang. Ramai yang berkongsikan status dan gambar pensyarah tersebut dan mahukan tindakan segera dari pihak kementerian pendidikan. Tidak kurang juga mahukan kerajaan Negeri Sarawak menghalau penyarah berkenaan secepat mungkin.


Sebenarnya, pensyarah tersebut sudah lama tidak berpuas hati kerana permohonan berpindah gagal untuk kesekian kalinya. Pada awal tahun 2013, dia turut memuat naik status namun tidak se radikal seperti baru-baru ini.


Namun, tindakan beliau memaki hamun adalah suatu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang tenaga pengajar. Sekiranya beliau tidak mahu memberikan khidmat di negeri itu, perkara terbaik ialah meletak jawatan dan memberikan kepada yang betul-betul layak. Seorang pendidik seharusnya tahu erti pengorbanan.

Gambar pensyarah yang dikongsikan di laman-laman Facebook Page Sarawak:



Lagi kata-kata makian dan komen-komen Jonathan di Facebook beliau:


UPDATE: Akses ke laman Facebook Jonathan telah di tutup. - TENGOKTVONLINE

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..