Memang ianya bermula dari keluar rumah tanpa izin, tapi punca utama itu sendir adalah bermula dari ibu bapa sendiri. Bukan kerana pagar di tingkap tak kuat, tapi didikan yang kurang sempurna terhadap anak-anak menyebabkan perkara keluar malam ini menjadi kebiasaan.
Ini anatara satu contoh kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak secara sempurna dengan membenarkan pergaulan bebas anak perempuan mereka bersama teman lelaki.
Sukar diterima akal jawapan yang diberikan remaja hari ini untuk menghalalkan perbuatan mereka. Pengirim yang merahsiakan identiti individu di dalam gambar bagi mengelak untuk mengaibkan mana-mana pihak.
Kami paparkan semata-mata ingin anda nilaikan komen remaja tersebut sahaja yang jelas adalah gambaran jiwa kacau dan memberontak remaja di negara hari ini. Kurangnya didikan agama dan sahsiah dalam diri boleh menjerumuskan mereka ke dalam kancah maksiat yang tidak senonoh lagi menjijikkan.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..