Sunday, 18 May 2014

(LUAR NEGARA) Dewi Bimbang Mandi Bogelnya Diperhati

Tidak seperti kebiasaannya apabila dia bangga tubuh diperhati mata orang tidak dikenali, pengalaman di penjara memberi kelainan kepada Dewi Perssik. 

Selepas tiga bulan menjadi banduan, Dewi Perssik.- atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung - berasa amat janggal menjadi perhatian di bilik mandi. 

“Sejak hari pertama masuk ke penjara, saya sudah berasa tidak senang hati dengan keadaan persekitaran di situ. 

“Hari pertama saya di penjara sangat menyeksakan,” katanya. 

Dia yang ditemui di kediamannya selepas dibebaskan baru-baru ini menyatakan dia sedih melihat ruangan bilik mandi ketika berada dalam tahanan. 

Kata Dewi Perssik, ruangnya yang terbuka membolehkan semua orang melihat tubuhnya ketika mandi. 

“Pertama kali saya melihat bilik mandi di situ, saya menangis. 

Ruangannya hanya sampai ke paras lutut, jadi semua orang boleh melihat kami mandi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..