Seorang wanita maut setelah terjatuh dari motosikal ditunggang anaknya dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Simpang Pelanggai –Simpang Chemomoi dekat Bentong, tengah hari kelmarin.
Kemalangan kira-kira jam 1.10 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki dua beranak itu terjatuh berpunca daripada gegancu rantainya tersangkut kain baju kurung yang di pakai mangsa, Azizah Jamaludin, 40 dari Kampung Baru Simpang Pelanggai.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang membonceng tertarik ke belakang selepas kainnya tersangkut pada bahagian motosikal tersebut sebelum terjatuh.
Menurutnya, akibat kejadian itu, penunggang gagal mengawal motosikal lalu dia juga turut terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kiri.
“Kedua-dua mangsa yang parah dihantar menerima rawatan awal di Pusat Kesihatan Simpang Pelanggai, bagaimanapun Azizah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.
Mohamed Fauzi berkata, dua beranak itu difahamkan dalam perjalanan pulang dari arah Simpang Pelanggai ke rumah mereka.
Sementara itu dalam kemalangan berasingan, seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Beserah di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.25 pagi itu, mangsa, Wan Ismail Wan Musa, 56, dari Kampung Sungai Karang Darat dekat sini yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohamed Fauzi berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.
Beliau berkata, kedua-dua kemalangan yang meragut nyawa pembonceng dan penunggang itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (KUMPULANCERITAKINI)

No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..