Saturday, 17 May 2014

(JIJIK!) 3 Gambar Jemuran Udang Kering Jadi Tempat Anjing Berehat & Bergaru


3 gambar yang menunjukkan jemuran udang kering di'cemari' dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Meskipun tiada lokasi yang dinyatakan, namun sumber mendakwa gambar kejadian ini berlaku di dalam negara kita sendiri. Persoalannya, dimanakah lokasi tempatnya?

Jemuran udang kering menjadi tempat untuk anjing berehat dan bergaru. Bertambah teruknya, penyapu digunakan untuk tujuan meratakan jemuran udang kering. Wajarkah menggunakan penyapu? Sedangkan fungsi sebenar penyapu adalah untuk menyapu uras. (Google maksud uras.. )




Penulis tidak mahu membuat tuduhan liar. Tetapi apabila kita berkunjung ke negeri itu, pastinya rakan-rakan akan memesan "tolong beli udang kering ya!". Jadi terpulanglah kepada pembaca untuk menjejak lokasi gambar ini. 

Penulis juga berharap ianya bukan berlaku di situ.. (jauhhh paliss)

Pihak keselamatan dan kualiti makanan perlu dan wajib memantau tempat-tempat perusahaan membuat barangan-barangan kering ini bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar bersih dan suci dan lagi HALAL. (KUMPULANCERITAKINI)

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..