Pelakon Enot mengakui berasa serik untuk berkahwin semula selepas dua kali gagal dalam perkahwinan kerana melalui pengalaman ‘menanggung suami’.
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, dia lebih rela bergelar ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami.
“Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.“Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik,” katanya.
Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana.
Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga. Malah, Enot juga turut menasihatkan kepada wanita yang ingin menamatkan zaman bujang untuk meneliti terlebih dahulu latar belakang bakal suami terutamanya dari segi kewangan.
“Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak. Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif mengenai diri saya.“Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh. Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..