KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang pergi ke pawagam milik Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menonton wayang pada Rabu lepas, tidak sempat mengetahui penghabisan filem itu apabila jari kakinya digigit tikus.
Chrisanne Chin yang sedang menonton wayang di GSC cawangan Mid Valley, mendakwa jari kakinya digigit tikus sampai berdarah.
Chrisanne yang menyiarkan gambar jari kakinya yang tercedera itu di laman Facebooknya, berkata beliau terpaksa mengisi borang aduan dan kemudian dihantar ke hospital.
“Saya menghabiskan masa dua jam di hospital untuk mendapatkan suntikan dan rawatan,” katanya di laman Facebook.
Gambar tersebut telah menjadi topik perbualan hangat di Facebook dan telah dikongsi sebanyak 661 kali oleh pengguna Facebook.
Sementara itu, GSC, dalam laman Facebooknya pula telah memohon maaf kepada Chrisanne.
“Kami meminta maaf ke atas kejadian yang berlaku kepada salah seorang daripada pelanggan kami di GSC Mid Valley. Pelanggan tersebut telah dirawat.
“Kami ingin memberi jaminan bahawa pengurusan kawalan haiwan perosak adalah sebahagian daripada amalan standard GSC kerana kami mengambil keselesaan pelanggan kami dengan serius.
“Kami sedang bekerjasama dengan pakar-pakar dan pihak yang berkenaan mengenai perkara ini,” kata GSC.

Berita mula diterbitkan pada: April 05, 2014 17:09 (MYT)
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..