Saturday 5 April 2014

Rita Rudaini perjelas isu hasut anak benci Aidil Zafuan

Rita Rudaini perjelas isu hasut anak benci Aidil Zafuan - Tindakan Rita Rudaini menyimpan semua artikel berkaitan perjalanan hubungan mereka sejak berkahwin di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 mendapat kecaman masyarakat.

Ekoran itu ada individu tertentu yang mendakwa dia cuba menghasut dua anaknya membenci Aidil agar tidak kembali ke pangkuan ayah mereka.

Bercakap kepada media hari ini, pelakon itu menafikan berniat berbuat demikian dan menjelaskan, tujuan semua artikel itu disimpan ialah bagi memudahkannya menjawab sebarang persoalan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna mengenai isu cerai dengan bekas suami.

"Saya tahu, satu hari nanti saya perlu berdepan dengan pelbagai soalan daripada anak-anak punca-punca saya dan Aidil bercerai. Kerana itu, saya telah menyimpan semua keratan akhbar laporan berkaitan dengan kami agar mereka boleh baca dan faham sendiri."



Sehubungan dengan itu, Rita Rudaini berharap tidak ada lagi pihak yang sesuka hati menuduhnya cuba menghasut fikiran Rayyan dan Arjuna agar membenci Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.

"Saya bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa mereka. Dulu semasa kecil, mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri.

"Bagaimanapun sewaktu umur 17 tahun, ayah kembali dan saya melayannya seperti biasa. Ibu tidak pernah ajar untuk membencinya. Dan begitu juga dengan saya yang tidak mahu anak-anak membenci Aidil."

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..