Friday 4 April 2014

Pelajar MRSM meninggal dunia dua hari selepas dipanah petir


Pelajar MRSM meninggal dunia dua hari selepas dipanah petir
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan satu Maktab Rendah SainsMara(MRSM) disahkan meninggal dunia setelah dilaporkan kritikal apabila dipanah petir di padang sekolahnya di Alor Gajah, Melaka.

Menurut laporan portal berita Malaysia Gazette, Johan Jasmin disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Melaka jam 3.50 petang tadi.

Johan yang berasal dariShah Alamsedang berjalan masuk ke bangunan asrama bersama sekumpulan pelajar lain ketika sebelum dipanah petir kira-kira jam 6 petang pada hari Selasa.

Johan kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah oleh seorang guru pemantau sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Melaka.

"Jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa pulang ke rumah mereka di Bukit Jelutong, Selangor dan akan dikebumikan di Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada 10 pagi esok," kata Pengarah Komunikasi Korporat Mara Rohayah Mohd Zain yang dipetik dari Sinar Harian.

Berita mula diterbitkan pada: April 03, 2014 22:42 (MYT)


Read more at:ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..