Oleh Izzat Ismail. Sumber oleh Murai.
Pasangan romantis ini menerima semua ketentuan Ilahi dan perkara paling penting yang diinginkan ialah kedua-dua ibu dan bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan yang selamat. Tambah Zain lagi, jika diberi pilihan dia mahukan anak lelaki dan sebaliknya perempuan pilihan isterinya. Mereka berdua ditemui pada pelantikan sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara.
Che Ta dilihat lebih teruja untuk mengetahui jantina anak mereka apabila sudah membuat senarai barangan yang harus dibeli kelak. Dalam masa yang sama, Zain turut merasa bimbang jikalau dia tidak dapat menemani isterinya yang dijangka bersalin pada bulan Oktober depan dek kerana kesibukan di set penggambaran.
Mengenai perkembangan semasa pula, Zain bakal menjalani penggambaran di London untuk program Oh My English! musim ketiga di sana.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..