Tuesday, 11 March 2014

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).
1.KETERANGAN PROGRAM
1.1Nama Program:
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
1.1.1Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan
Guru (IPG)
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai
bidang
pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua
 (2) semester
di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
akan
diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian
Program
 Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan
(8) semester
di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
2.SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1Warganegara Malaysia.
2.2Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 
1994.
2.3Calon mesti sihat tubuh badan.
2.4Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5Calon mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di
 peringkat Sijil
 Pelajaran Malaysia (SPM).
2.6Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran
yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
2.7Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
2.8Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang 
Pengkhususan dalam
permohonanonline). 
3.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.1Sekolah Kebangsaan (SK)

3.1.1Bahasa Melayu3.1.11Pendidikan Muzik
3.1.2Bahasa Inggeris3.1.12Pendidikan Pemulihan
3.1.3Bahasa Arab3.1.13Pendidikan Khas
3.1.4Bahasa Tamil3.1.14Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1.5Bahasa Cina3.1.15Sejarah
3.1.6Bahasa Iban3.1.16Reka Bentuk dan Teknologi
3.1.7Bahasa Kadazandusun3.1.17Matematik
3.1.8Pendidikan Jasmani3.1.18Sains
3.1.9Pendidikan Islam3.1.19Bimbingan dan Kaunseling
3.1.10Pendidikan Seni Visual
3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.2.1Bahasa Melayu 3.2.9Pendidikan Khas
3.2.2Bahasa Inggeris3.2.10Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.2.3Bahasa Cina3.2.11Sejarah
3.2.4Pendidikan Jasmani3.2.12Reka Bentuk dan Teknologi
3.2.5Pendidikan Islam3.2.13Matematik
3.2.6Pendidikan Seni Visual3.2.14Sains
3.2.7Pendidikan Muzik3.2.15Bimbingan dan Kaunseling
3.2.8Pendidikan Pemulihan
3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
3.3.1Bahasa Melayu3.3.9Pendidikan Khas
3.3.2Bahasa Inggeris 3.3.10Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.3.3Bahasa Tamil3.3.11Sejarah
3.3.4Pendidikan Jasmani3.3.12Reka Bentuk dan Teknologi
3.3.5Pendidikan Islam3.3.13Matematik
3.3.6Pendidikan Seni Visual3.3.14Sains
3.3.7Pendidikan Muzik3.3.15Bimbingan dan Kaunseling
3.3.8Pendidikan Pemulihan
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
1.Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah
Sarjana Muda
Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib
 semasa dalam
 perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3.Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal
 dalam
 peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah,
 jenayah atau
tindakan mahkamah.
CARA MEMOHON
1.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman
 sesawang
Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac
2014.
2.Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria 
yang telah 
ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian
Kelayakan Calon
Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3.Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi
mendapatkan
maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang 
pengkhususan dan 
gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini 
pada bila-bila 
masa sahaja.
5.Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
 Permohonan 
yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN
Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA 

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan
 Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..