
Mereka dikenali sebagai Mohd Zuhairi Jusoh, 23, yang memandu kereta Volkswagen Golf itu dan rakannya Nik Zul Ehsanudin Mohamad, 23, yang kedua-duanya maut di tempat kejadian.
Kedua-duanya dari Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, dikatakan dalam perjalanan pulang selepas berurusan di Kuala Terengganu.
Penumpang sebuah lagi kereta iaitu jenis Toyota Vios yang datang dari arah Jerteh menghala Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Nik Rafizan Nik Muhammad cedera parah sementara pemandunya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abd Rahman Raja Mohamad berkata kereta Volkswagen Golf itu dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota Vios berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..