Pelakon popular, Nora Danish membuat kenyataan bahawa dia sanggup sanggup untuk putuskan hubungan cintanya bersama Nedim Nazri jika tidak mendapat restu daripada kedua dua belah keluarga.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”
Menurut Nora, dia dan Nedim tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga setakat ini dan jika ditakdirkan mereka bakal berkahwin, dia sendiri akan membuat pengumuman melalui satu sidang media.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..