![]() |
| Beliau ditemani dua teman rapatnya, Erma Fatima dan Datin Umie Aida. |
Kemunculan Erra dalam keadaan memakai topeng menutup mukanya di Mahkamah Tinggi Syariah pagi tadi agak mengejutkan orang ramai. Mungkin malu dan sebak agaknya.
Pada Isnin lalu, Erra telah memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif, manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.
Ketika ditanya Mahkamah tentang punca Erra menfailkan penceraian terhadap suami, pengacara itu menjelaskan bahawa hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.
Sementara itu, pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.
Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra pula diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.
Selain itu, Erra tidak membuat sebarang tuntutan nafkah daripada bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abdin, 39. Beliau menerusi mstar.com.my turut mengakui lega selepas segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.
"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai."

![[ Hiburan ] Punca Erra Fazira fail penceraian terhadap Engku Emran Punca Erra Fazira fail penceraian, hiburan, info, berita, erra fazira dan engku emran](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQqqDlOQbPVHcSnMtXZhxlHIgzHh4HDuJ-QIlypMpRJ4QalZBNwi5Q2SJyKBbOvY36i3CSLHSbam7-CzMoaWi_kL36S82gr-w1pdkuQxbiFzYBKniE4NHjpoJpfdVfsPIF3oXg_VLq50M/s1600/erra+tutup+muka.jpg)
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..