Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-kanak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.
Siasatan polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu bekas pembantu rumah keluarga terbabit.
Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya yang tidak bebas dan sentiasa berkurung di dalam rumah itu berikutan tiada pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung.
Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar dengan pisau berasingan hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..