Kira-kira 20 orang kakitangan dari Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) hari ini menyerahkan bantuan keperluan berbentuk tilam, pakaian, makanan serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut.
Menurut Setiausaha PPUMS, Sarianshah Shamsudin, bantuan yang disalurkan ke kawasan Membakut dan Beaufort merupakan fasa pertama manakala fasa kedua akan melibatkan agihan kepada mangsa-mangsa di kawasan Tenom.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika ditemui turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi tampil memberikan bantuan.
“Saya menyokong penuh usaha murni yang dianjurkan oleh PPUMS dan mengharapkan lebih ramai yang akan menyertai bantuan kemanusiaan seumpama ini,” katanya.
Kutipan bantuan yang dianjurkan oleh PPUMS bukan sekadar mendapat sambutan baik daripada warga kampus malah berjaya menarik perhatian pelbagai syarikat di sekitar Kota Kinabalu. Antara yang turut menghulurkan sumbangan termasuklah Shell Timur Sdn. Bhd., Kelab Sosial dan Rekreasi Bundu Tuhan Ranau serta Dana Hijau Enterprise.
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort memberitahu; empat pusat pemindahan masih dibuka setakat kelmarin. Pusat penempatan sementara itu ialah Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort III, Dewan Baru Beaufort, Dewan Kampung Kukut dan Dewan SMK Gadong. -ZMD
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
Sumber : UMS
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..