Bagi tahun 2013, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol telah menerima tontonan paling tinggi dengan 1,464,205 menerusi persembahan mereka di minggu kelima.
Selain Shiro, persembahan kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim berada di tangga kedua menerusi persembahan mereka di minggu ketujuh dengan 1,315, 800 penonton.
Selain itu, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke turut tersenarai berada di tempat kellima dalam top 10 video Maharaja Lawak Mega di Youtube menerusi persembahan mereka di minggu kesebelas dengan 835,508.
Jika dilihat kepada purata paling ramai menonton video MLM 2013 di Youtube, kumpulan Sepahtu membuktikan persembahan mereka menjadi pilihan peminat di MLM 2013 selepas lima video persembahan mereka berada di Top 10 Video MLM 2013 diikuti kumpulan Shiro dengan 3 video dan masing-masing video dari MLM Kerusi Panas 2013 dan kumpulan Jambu.
Berikut adalah kedudukan Carta 10 Maharaja Lawak Mega 2013 di laman YouTube:
VIDEO
|
Tontonan
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 5 - Persembahan Shiro
|
1,459,465
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 7 - Persembahan Sepahtu
|
1,315,800
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 4 - Persembahan Sepahtu
|
1,068,484
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 6 - Persembahan Shiro
|
901,729
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 11 - Persembahan Jambu
|
835,508
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Kerusi Panas
|
819,673
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 10 - Persembahan Sepahtu
|
784,960
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 5 - Persembahan Sepahtu
|
741,453
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 9 - Persembahan Sepahtu
|
733,021
|
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 7 - Persembahan Shiro
|
723,878
|
Jangan lupa untuk menonton program terbaru Skool of Lawak dan teruskan mengundi peserta kegemaran anda!
Layari www.skooloflawak.com.my untuk info terkini!
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..