Tuesday, 18 February 2014

David dan Victoria Beckham ke Malaysia pada 26 Mac ini sempena penganjuran Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014.

Pasangan selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia pada 26 Mac ini sempena penganjuran Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014. 

Majlis anugerah yang mendapat jolokan 'Oscar dunia sukan' ini akan diadakan pada 26 Mac bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi Laureus World Sports Academy, Edwin Moses berkata, ini merupakan kali pertama acara tahunan ini diadakan di Asia Tenggara.

"Sudah tentu ini akan menjadi satu majlis penuh bermakna memandangkan ia merupakan acara penyampaian anugerah yang pertama sejak kematian penaung kami, Nelson Mandela.

"Saya yakin dengan sokongan setiap orang di Kuala Lumpur, ia akan menjadi majlis penyampaian anugerah untuk diingati dimana kami dapat memberi penghormatan kepada wira sukan dan Presiden Mandela," ujarnya.

Selain Beckham, selebriti sukan lain yang dijangka akan memeriahkan majlis berprestij itu adalah Usain Bolt, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Serena Williams dan Zinedine Zidan yang masing-masing pernah memenangi anugerah ini sejak ia diadakan 15 tahun lalu

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..