
Azizah (bertudung) menaiki bot untuk meninjau antara kawasan terjejas akibat banjir di Kampung Balibata, Beaufort.
KOTA KINABALU: Seramai 16 mangsa banjir berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membabitkan dua buah kampung yang terjejas di daerah Beaufort awal pagi kelmarin.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah Mohammad Affendy K Ramin berkata, insiden banjir kilat yang berlaku sekitar jam 1.30 pagi itu melibatkan Kampung Vinonuk dan Kampung Membakut.
“Dalam operasi pertama di Kampung Vivonuk, kita memindahkan 11 individu termasuk seorang kanak-kanak dari kebun di kawasan mereka ke kediaman masing-masing menggunakan bot JBPM yang bergegas ke lokasi berkenaan.
“Manakala di Kampung Membakut pula, bomba berjaya memindahkan lima mangsa banjir dengan menggunakan bot ke rumah saudara mereka yang terdekat,” katanya.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun bersama Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasneh meninjau kawasan dilanda banjir di Kampung Balibata, kelmarin.
Read more: Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..