Thursday, 20 February 2014

BEAUFORT - Keadaan banjir di Beaufort pulih sepenuhnya (19FEB2014)


BEAUFORT - Keadaan banjir di Beaufort pulih sepenuhnya dengan kesemua 1,766 mangsa terakhir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, mangsa daripada 444 keluarga itu dibenarkan pulang ke rumah mereka sejak 10.30 pagi ini.

"Seramai 295 mangsa daripada 79 keluarga di Dewan Sekolah Menengah Keban...gsaan (SMK) Gadong merupakan kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang pada 11 pagi.

"Tiga pusat pemindahan yang lain iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort III, Dewan Baru Beaufort dan Dewan Kampung Kukut ditutup bermula pukul 10.30 pagi tadi," kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Paras air Sungai Padas kembali normal pada 7.57 meter. Dua pusat pemindahan iaitu Dewan Sri Dayang Lumadan dan surau Kampung Sungai Bukau ditutup semalam.

Berikutan itu, Bilik Gerakan Banjir turut ditutup serentak dengan penutupan pusat pemindahan berkenaan.

Sejak banjir melanda daerah ini minggu lepas, pihak keselamatan telah memindahkan hampir 3,000 penduduk dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada Isnin lepas iaitu hampir 2,500 mangsa daripada 710 keluarga di enam pusat pemindahan.

Keadaan banjir di Tenom juga sudah pulih dan semua pusat pemindahan ditutup Isnin lepas. - Bernama (19 feb 2014)





Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..