Friday, 24 January 2014

Surat Penceraian Nurul Izzah & Suami Tersebar


Di sebalik penafian tuntutan fasakh oleh Nurul Izzah di laman twitter, kini tersebar pula surat perjanjian (gambar atas) antara beliau dengan suami mengenai persetujuan penyelesaian isu penceraian, tuntutan selepas cerai dan hadhanah anak mereka tanpa perbicaraan di mahkamah.

Penafian tuntutan fasakh semalam

Walaupun ini merupakan isu peribadi, ramai pengamal media sosial terutama pro kerajaan dilihat menghentam Nurul Izzah kerana menipu dalam hal ini dan menyalahkan gangguan seperti dalam kenyataan medianya semalam:


KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014


Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar



Apapun, kita doakan Nurul Izzah dan suami menyelesaikan perkara ini secara baik dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa mengabaikan tanggungjawab rumahtangga masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..