Friday, 24 January 2014

(MLM) Jep ‘Over’?? Shuib Dan Rahim Beri Penjelasan

Sebelum ini kecoh apabila sebuah akhbar tempatan mengeluarkan artikel tentang “attitude” Jep dari kumpulan Sepahtu yang dikatakan sedikit “over” dan membuatkan orang disekeliling sakit hati dengannya.
Ramai juga yang turut memberi respon sedikit kecewa dengan artikel tersebut yang dianggap cuba memecah-belahkan kumpulan Sepahtu yang kini dianggap antara kumpulan terbaik dalam program MLM 2013 yang kini sedang hangat bersiaran setiap minggu di Astro Warna.
Akibat daripada artikel tersebut, dua ahli kumpulan Sepahtu iaitu Rahim da Shuib tampil memberi penjelasan supaya para peminat diluar sana tidak tersalah anggap. Jelas dua pelawak ini, artikel tersebut seolah-olah menjatuhkan imej Jep dan juga kumpulan Sepahtu.
Artikel tersebut tidak sama sekali menggambarkan identiti Jep yang sebenarnya. Jelas Shuib, Jep bukan seorang yang membangga diri seperti yang disangkakan dan dia lebih mengenali peribadi Jep sebagai seorang sahabat baik.
Tambah Shuib lagi, Jep seorang yang tidak pernah bercakap ‘besar’ dan tidak pernah menganggap populariti Sepahtu adalah hasil titik usaha Jep seorang diri. Mereka bertiga sama-sama saling membantu untuk menaikkan nama Sepahtu di gelangggang MLM 2013 sejak di minggu pertama bermula.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..