Beliau yang dihubungi media baru-baru ini, mengakui jejaka yang berjaya menambat hatinya berusia dalam lingkungan 30-an, orang biasa dan merupakan kawan yang dikenali melalui seorang rakan lain.
“Ya, saya akui saya sedang bahagia sekarang. Kami hanya kawan sebelum ini, tetapi jarang bertemu. Kami berkenalan menerusi seorang kawan.”
Kata Hanez, sikap lelaki berkenaan yang bertanggungjawab, memahami dan menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon membuatkan hatinya terbuka untuk membawa perhubungan ke fasa seterusnya.
Jom layan dua keping gambar wajah sebenar lelaki yang mungkin dimaksudkan pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..