Monday, 30 June 2014

(WOW!!) kURANG AJAR! Pekerja Restoren *CabuI Kanak-kanak


Ini merupakan satu lagi kes yang agak mengejutkan. Admin terbaca kes ini di portal SinarHarian dan bengang dengan perilaku pekerja restoran.

Seorang ibu terkejut apabila dua orang pekerja warga asing sebuah restoran disyaki rstoran mamak,dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air. Kejadian in iberlaku di Seremban.

Ibu kepada anak perempuan yang menjadi mangsa berkata dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun. Mangsa, anaknya yang sulung turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Ini kata ibu berkenaan:
“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” 

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,”

Selepas budak itu dipeluk, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Di laman sosial Facebook, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku. (sumber: SINAR) KUMPULANCERITAKINI

p/s: ramah sangat pekerja ni, agak-agak la peluk anak orang.

(ARTIS) Gambar Buah Hati Zamir Masterchef

Inilah kekasih hati kepada Zamir Masterchef. 


Namanya ialah Sabrina Hairudin merupakan pelajar actuary science. Gadis ini dah menjadi kekasih Zamir sejak sekolah lagi katanya.

Zamir menjadi popular selepas mendapat tempat ketiga di Masterchef dan telah memenangi Masterchef All Star.

Lagi banyak gambar Zamir dating kekasih di sini (KLIK SINI













(ARTIS) Gambar Kekasih Zamir Masterchef


Zamir Masterchef merupakan antara peserta yang menempa nama melalui rancangan realiti Masterchef. 

Zamir atau nama penuhnya Arshad Zamir kini berumur 21 tahun memiliki wajah yang boleh tahan kacak dan dengan kehebatan skil di dapur ternyata beliau mempunyai pengikut yang tersendiri.

Walaubagaimanapun, jejaka berumur 21 tahun dari Shah Alam ini sebenarnya sudah berpunya dan sedang bercinta dengan seorang gadis yang cantik dan comel. 

Gadis tersebut lahir pada Ogos dan kini berumur 21 tahun bernama Sabrina Hairudin.

Jom lihat wajah jelita kekasih hati Zamir Masterchef :








Tuesday, 24 June 2014

(BERITA) Tiga pelajar "Gadis Pailang" mengaku bersalah

Tiga pelajar "Gadis Pailang" mengaku bersalah
Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan
KOTA SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan yang dirakam terbabit dalam kes ‘video pailang’ yang pernah heboh di media pada awal bulan lepas telah membuat pengakuan bersalah.

Pengakuan tersebut dilakukan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib itu telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah yang sama.

Kejadian berkenaan berlaku pada bulan April 2014.

Pelajar-pelajar berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Hukuman akan ditetapkan pada 11 Julai ini selepas meneliti segala laporan akhlak mereka yang tertuduh.

Seorang tertuduh telah dikenakan dua pertuduhan iaitu mencederakan dan melakukan ugutan jenayah manakala dua lagi tertuduh telah dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pendakwaan telah dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tertuduh hadir ditemani oleh ibu bapa masing-masing dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kesemua mereka dikehendaki melaporkan diri di balai polis berkaitan setiap minggu.

Pada awal bulan ini, video tertuduh yang membelasah mangsa di samping memanggil diri mereka pailang telah dimuatnaik di laman Youtube.

Video tersebut telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat banyak reaksi orang ramai yang mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan. KUMPULANCERITAKINI