Monday, 28 April 2014

(ARTIS) TERKINI! Adam & Fiza Sah Cerai Talak Satu


Adam AF dan pelakon Fiza Elite sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sebentar tadi menurut laporan terkini Harian Metro melalui Twitter.
Screen Shot 2014-04-28 at 1.26.50 PM
Fiza Elite pada minggu dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai namun bekas anggota kumpulan Elite itu mahu pun Adam AF enggan mengulas lanjut akan kesahihah perkara itu dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik.
Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September tahun lalu selepas hanya berkenalan selama dua bulan. Hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya terjadi.

Minggu lalu, Fiza dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai. Kedua-dua mereka dilaporkan enggan mengulas lanjut akan kesahihah perkara itu dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik.

Adam AF dan Fiza Elite bernikah 7 bulan yang lalu iaitu pada 26 September 2013 selepas hanya berkenalan selama dua bulan.

(ARTIS) "Qi Razali tiada hak halang saya berlakon agenda mesra" - Nelydia Senrose

Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz - Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima sesebuah tawaran berlakon itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak melibatkan pihak lain termasuk teman lelakinya, Qi Razali.

Menurut aktres berusia 20 tahun itu, orang lain tidak perlu campurtangan dengan urusan peribadinya kerana dia sudah dewasa dan tahu menjaga batas-batas dalam lakonan, maruah diri dan keluarga.

"Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon."

Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi.”


Nelydia membuat penjelasan itu selepas diminta pihak media mengulas tentang kontroversi agenda mesra dengan aktor Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan cemburu Qi Razali.



(ARTIS) Kewangan punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai?

Kewangan punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai - Belum pun setahun mendirikan rumahtangga, hubungan suami isteri pasangan selebriti, Fiza Elita dan Adam AF sudah porak peranda. Ini berikutan tindakan Fiza hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam beberapa minggu lalu untuk menfailkan penceraian.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan mengesahkan permohonan cerai Fiza dan bakal didengar pada 28 April ini. Meskipun begitu, ada desas-desus mengatakan Fiza Elita dan Adam AF sudah berbaik semula beberapa hari lepas sekaligus membuatkan ramai peminat keliru dan bingung tanpa jawapan.

Hari ini pula, Utusan Malaysia telah berkongsi satu artikel yang mengatakan kewangan sebagai punca sebenar penceraian mereka berdua. Mengikut artikel tersebut, Adam didakwa sibuk berdakwah dan tidak begitu berminat untuk mencari nafkah dalam bidang nyanyian.

Susulan itu, Fiza dikatakan tertekan dan kemudian menfailkan penceraian. Betulkah dakwaan ini? Penulis harap ada penjelasan sebenar dari kedua-dua pihak agar peminat tidak terus keliru. Maklumlah, kisah peribadi selebriti itukan sering menjadi perhatian umum. Jadi, tak salah buat pengakuan yang jujur.


(ARTIS) Tak sengaja tayang ketiak, Neelofa dikritik peminat

Tak sengaja tayang ketiak, Neelofa dikritik peminat - Kalau Shila Amzah dihentam dan dikritik peminat kerana memuatnaik sekeping gambar tayang dada, kini Neelofa pula menjadi mangsa terbaru kritikan peminat apabila beliau secara tidak sengaja telah berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan ketiak di akaun Instagram miliknya beberapa hari lepas. 

Apa yang menarik mengenai perkongsian itu, kebanyakan respon atau komen yang dilemparkan peminat kepada Neelofa lebih berbentuk lawak dan gurauan. Ini menunjukkan bahawa ramai jejaka di luar sana yang turut sama menaruh hati kepada aktress jelita ini.