Friday, 28 March 2014

Sambut Ulangtahun Suami Ke-31, Fouziah Gous Bawa Suami Jalan-Jalan Di Melaka

Sambut Ulangtahun Suami Ke 31, Fouziah Gous Bawa Suami Jalan Jalan Di Melaka
Selamat diijabkabulkan pada 21 September 2013 tahun lalu di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, pasangan ini nampaknya masih tidak lekang untuk menunjukkan kasih sayang mereka antara satu sama lain.
Mana taknya, ada sahaja foto mesra disertai dengan caption romantis yang dimuat naik oleh pelakon cantik ini di laman Instagramnya.
Terkini, bersempena dengan hari lahir suaminya yang ke-31 tahun semalam, Fouziah Gous dan Zhafran dilihat telah mengambil kesempatan tersebut untuk bercuti di Melaka.
Sambut Ulangtahun Suami Ke 31, Fouziah Gous Bawa Suami Jalan Jalan Di Melaka
Antara foto yang dimuat naik oleh Fouziah Gous di laman Instagramnya
Di laman Instagramnya juga, Fouziah sempat bertanyakan kepada peminat tentang cadangan tempat makan yang paling menarik di negeri bersejarah itu.
Seperti kebanyakan pasangan lain juga, sebiji kek yang tertulis ‘Happy Birthday Sayang’ telah dihadiahkan kepada suaminya yang digelar sebagai ‘My Twin’ itu.
Sambut Ulangtahun Suami Ke 31, Fouziah Gous Bawa Suami Jalan Jalan Di Melaka
Kek hari lahir yang dihadiahkan buat suami tercinta
Happy birthday sayang. Semoga sentiasa di bawah RahmatNYA. When mama 31 dia dapat sayang but now i dapat u bila 31. Not going to type long here coz m gonna spent my quality time with you. . Hope u enjoy the treats n gift sayang. I love you more than u imagine. #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee #zhafou #zhafou31
Para peminat turut menyatakan rasa gembira melihat kebahagiaan pasangan ini dan mendoakan agar mereka akan dikurniakan cahaya mata yang comel kelak.
Nampaknya, di samping meraikan ulangtahun suami tersayang, dapat juga Fouziah Gous menggunakan percutian pendek ini untuk berehat seketika daripada kerjayanya yang dilihat semakin berkembang.
Anda mahu lihat lagi foto romantis mereka? Jom tengok galeri di bawah!

Nedim Sakit, Nora Danish Setia Menemaninya Di Hospital

Nedim Sakit, Nora Danish Setia Menemaninya Di Hospital
Rasanya semua peminat pelakon comel, Nora Danish sudah sedia maklum bahawa wanita ini dan Nedim Nazri dikatakan sedang hangat bercinta.
Melalui laman Instagram mereka, jelas kelihatan perasaan cinta antara satu sama lain walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenai hubungan itu.
Namun, semalam kami dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuat naik oleh Nora yang jelas menunjukkan kekasihnya itu dimasukkan ke wad.
Nedim Sakit, Nora Danish Setia Menemaninya Di Hospital
Melalui status Instagram yang dimuat naik oleh Nedim, khabarnya, Nora terus ke hospital untuk melawat buah hatinya itu sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran.
Nora juga dilihat telah memberi kata semangat melalui status-statusnya yang mendoakan supaya Nedim cepat sembuh dan pulih seperti biasa.
Selain Nora, peminat pasangan romantis ini turut mendoakan kesihatan Nedim. Apapun, semoga Nedim cepat sembuh dan kami harap pasangan ini cepat-cepat ke jinjang pelamin. Bolehlah Nora sentiasa jaga buah hatinya selalu.

Bakal Bergelar Ibu Tidak Lama Lagi, Liyana Jasmay Sambut Hari Lahir ke-26

Bakal Bergelar Ibu Tidak Lama Lagi, Liyana Jasmay Sambut Hari Lahir ke 26
Jika baru-baru ini ulangtahun Lisa Surihani telah disambut meriah oleh suaminya, Yusry dan beberapa orang sahabat yang lain, kali ini giliran ‘hot mama’, Liyana Jasmay pula diraikan.
Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang dilahirkan pada bulan Mac ya? Menerusi laman Instagram Liyana Jasmay, satu surprise birthday party telah diadakan untuknya oleh Lisa Surihani dan Tam.
Bakal Bergelar Ibu Tidak Lama Lagi, Liyana Jasmay Sambut Hari Lahir ke 26
Antara foto yang dimuat naik oleh Liyana Jasmay
Sebagai salah seorang sahabat yang paling rapat dengan Liyana, Lisa tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Liyana yang digelarnya sebagai adik itu.
“To our Adik that we all love being with cause she is the light to our day, even if it was good, her presence was always that something extra fun and bubbly. She is filled with so much love and joy, we both practice radical honesty with one another and accept each other simply for we are.
I love you so much Adik, you’re not even that much younger than me but I love this sisterly bond we have with one another. Bila Adik tkde kt gatherings, it’s so boring. To our Little Miss Sunshine, I hope this day brings you so much love and happiness and Blessings from Allah SWT. liyanajasmay , Selamat Hari Jadi.”
Di samping itu, para peminat turut mendoakan agar pelakon comel itu selamat melahirkan bayi sulungnya dan dikurniakan bayi yang sihat. Mari kita lihat beberapa foto Liyana dan ‘baby bump’nya di bawah!







Kredit : Instagram Liyana Jasmay & Lisa Surihani

Luahan sedih isteri dan anak pramugara kanan MH370


Luahan sedih isteri dan anak pramugara kanan MH370 - Tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu begitu memilukan ahli keluarga setiap mangsa bukan sahaja penumpang malah anak kapal juga.

Mungkin tiada siapa yang dapat menyelami apa yang terbuku di hati setiap ahli keluarga mangsa namun beberapa luahan sedih yang dimuatkan dalam akhbar tempatan menggambarkan betapa hancurnya hati mereka kehilangan orang tersayang.

Sebelum ini, penulis pernah berkongsi artikel tentang luahan sedih isteri ketua pramugara dan Kapten Zaharie pesawat MH370. Kali ini, satu lagi luahan sedih penulis ingin kongsikan untuk menjadi tatapan kita bersama agar kita lebih faham perasaan pilu mereka.

Wan Swaid Wan Ismail yang merupakan pramugara kanan kepada pesawat MH370 meninggalkan isterinya, Nur Laila Ngah dan tiga anak tersayang dalam keadaan paling menyayat hati. Mari baca luahan hati mereka di bawah.

“Kami rindukan ayah. Daddy pendiam. Tak banyak cakap. Dia tak suka marah-marah.” - Anak sulung, Wan Amirul Haziq, 12.

“Orang yang pendiam kalau tak kenal tapi memang baik hati. Penyayang. Sebagai sahabat kepada saya jugak, dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya.“ - Isteri, Nur Laila Ngah

Sebak hati penulis membaca luahan pendek mereka. Lebih-lebih lagi kepada Nur Laila Ngah yang juga merupakan bekas bekas pramugari Penerangan Malaysia (MAS).

Untuk pengetahuan, Wan Swaid adalah anak bongsu dari sepuluh adik beradik yang berasal dari Pasir Mas, KelantanWan Swaid Wan Ismail yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berkhidmat dengan MAS sejak 1995.