Monday, 28 April 2014

(KONTROVERSI) Punggung seksi Pengacara MLM 2013m Feeya Iskandar dikritik peminat


Penampilan Feeya Iskandar yang dikatakan terlalu seksi ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 mengundang kritikan dan tomahan dari peminat di laman forum sosial.


Bercakap kepada Harian Metro hari ini berhubung kontroversI tersebut, Feeya mengakui terkejut dan berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya memang bersesuaian dengan konsep MLM.

“Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi. Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."

"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."


Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan.

“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.

“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.”

Dalam pada itu, Feeya menafikan cuba bersikap gatal dan tergedik-gedik untuk menarik perhatian sesetengah peserta MLM. Katanya, dia berbuat demikian bagi memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila."

"Saya seronok mengendalikan program itu dengan cara saya yang ceria. Tak tahu pula benda itu menjadi satu masalah. Jujurnya, saya malas nak ambil pusing.”

(CERITA) Suami Durjana Paksa Isteri 'Bersenggama' Depan Anak Sejak 7 Tahun


Seorang wanita malang sering dipaksa oleh suaminya melakukan aksi terlarang termasuk di luar tabii di depan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu semenjak 7 tahun yang lalu.

Wanita malang yang juga seorang penjawat awam terpaksa mengharungi neraka dunia apabila seringkali dipaksa oleh suaminya melakukan perbuatan dewasa itu dihadapan anak mereka. Lebih menjijikkan lagi, lelaki yang bernafsu binatang itu juga telah merakam aksi 'senggama' mereka sejak dari malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Pihak Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis mahu mengumpul maklumat lengkap mengenai kejadian itu selain dari memberikan khidmat kaunseling serta perlindungan kepada wanita malang berusia 30-an dan 3 anaknya yang berusia dari 7 hingga ke 15 tahun.

Namun begitu, JKM tidak bermaksud menggalakan mangsa mengambil tindakan untuk bercerai dengan suaminya. - My Media Hub

(BERITA) Anak dibiar tidur, emak layan teman lelaki di hotel bajet

ANAK lelaki janda (kanan) lena tidur ketika pemeriksaan dilakukan.

Melaka: Tindakan seorang janda membawa anak berusia lima tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, semalam.

Difahamkan, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur itu membawa anak lelakinya ketika ditahan bersama pasangannya berusia 43 tahun.

Menurut sumber, ketika pemeriksaan pasangan itu cuba menyembunyikan status mereka dengan mengaku sudah berkahwin sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Sebaik pintu bilik diketuk anggota polis, seorang lelaki membuka pintu dan mengaku sudah berkahwin serta mempunyai anak.

“Namun, apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan sebelum mengaku baru saja berkenalan dan belum berkahwin,” katanya, semalam. -Harian Metro

(BERITA) Pengantin Perempuan meninggal dunia 3 Jam sebelum bersanding


Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini. 

Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi. 

Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang. 

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala. 

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut. 

Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja. 

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. 


"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah. 

"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. 

Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir. 

"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab. 

"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri," katanya. -UTUSAN