Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.
Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman.
Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.
Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.
Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu.
Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara.
Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan.
Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian.
Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi
Monday, 3 March 2014
'Rasa Macam Kahwin Dengan Orang Lain Sejak Scha Hamil' - Awal Ashaari
Wanita hamil memang mempunyai pelbagai “peel” yang pelik-pelik hingga adakala membuatkan sang suami pening kepala dengan perubahan yang berlaku. Begitu lah yang dihadapi oleh pelakon dan pengacara Awal Ashaari sejak isterinya Scha Al-Yahya disahkan hamil.
Menurut Awal, semenjak Scha hamil pelbagai perangai pelik dilakukan oleh isterinya sehingga dia merasa seolah-olah kehilangan isterinya yang dulu dan dalam masa yang sama berasa pelik dan lucu dengan perubahan Scha.
“I lost my wife! Rasa macam kahwin dengan orang lain (gelak)”, itu reaksi pertama Awal Ashaari saat diminta berkongsi mengenai perasaannya bakal bergelar bapa, tidak lama lagi.
“Dia (Scha) jadi orang lain. Karakter dia bertukar. Kalau dulu dia seorang yangg aggresif, sekarang ni dia menjadi lebih feminin. Dia jadi lemah lembut dan penyabar. Saya perasan dia beli bantal bunga-bunga. Tak pernah-pernah pakai kasut warna merah jambu, dia beli kasut warna merah jambu.
“Saya rasa pelik dengan perubahan karakter dia itu (tahan gelak). Tapi itu mungkin perubahan hormon, kan. Dia ada juga mengidam nak makan macam-macam dan setakat ni saya mampu turutkan. Kalau sebelum ni dia suka makan otak-otak dan nasi lemak, sekarang dia tak makan dah. Kalau dulu dia tak minum air soya, sekarang dia minum”, kongsi Awal serba sedikit mengenai kerenah isteri kesayangannya itu.
Dalam pada itu, Awal memaklumkan bahawa mereka berdua belum melakukan imbasan bagi mengetahui jantina cahaya matanya dan persiapan juga belum dibuat.
“Sekarang ni kandungan Scha hampir mencecah lima bulan. Sebenarnya masa usia kandungannya 14 minggu, dia ada buat imbasan, tapi ketika tu tak nampak lagi jantina anak kami. Sejak tu Scha tak buat apa-apa scan, tapi kami berdua terima apa saja pemberian Allah, tak kira sama ada bayi lelaki atau perempuan.
“Dari segi persiapan, Scha tak nak beli barang awal-awal. Dia cakap tunggu dulu bila dah masuk tujuh atau lapan bulan nanti baru dia nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami”, kata hos ‘Melodi’ ini.
Awal juga memaklumkan Scha mahu berpantang di rumah ibunya yang terletak di Mount Kiara, selepas melahirkan nanti.

Tahniah, Syanie & Nadi Putera Selamat Bernikah
Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi, pagi ini.
Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.

Saturday, 1 March 2014
Status Terakhir Biker Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan (6 Gambar)
Status sayu pemilik Facebook Tengku Joe akhirnya menjadi kenyataan apabila motorsikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya pagi tadi.
Status Arwah Mohd Anis sehari sebelum kemalangan itu seakan-akan seperti petanda kedatangan ajalnya. Beliau merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Jabatan Imegresen, Alor Setar, Bahagian Forensik bersama-sama UPP di Sempadan Bukit Kayu Hitam.
" Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku." -Tengku Joe

Subscribe to:
Posts (Atom)